Panduan Gaji Permulaan 2020 – 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran

Panduan Gaji Permulaan 2020

Penerbitan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya. Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf
antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020.

DATO’ AMIR BIN OMAR
Ketua Setiausaha,
Kementerian Sumber Manusia

200 PEKERJAAN TERPILIH INI ADALAH BERASASKAN KEMAHIRAN

  • Berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa
  • Disertakan deskripsi tugas am
  • Disertakan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Perbezaan Panduan Gaji Permulaan 2016 Vs 2020

Panduan Gaji Permulaan 2020

Sekiranya anda buat perbandingan, adalah sedikit pertambahan dari segi gaji permulaan 2016 & 2020.
Pertambahannya meningkat dari 8.4% (DLKM T5) sehingga 17.7% (SKM T1)

Ingat, faktor lain@kompetensi lain seperti kejujuran, disiplin, kelayakan akademik (jika ada) serta soft skills seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa lain (terutamanya English) juga amat penting dalam menentukan permulaan gaji anda serta kenaikan pangkat & gaji seterusnya.

Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan
Kemahiran Malaysia.

Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.

Kumpulan Sasar

  • Pencari Kerja
  • Agensi Kerajaan
  • Majikan
  • Kesatuan Sekerja
  • Pelajar
  • Penyedia Latihan
  • Graduan
  • Kaunselor Kerjaya
  • Pengajar
  • Ibu Bapa

Sekiranya anda tidak dapat masuk ke Institusi Latihan Kemahiran Awam yang tersenarai dalam panduan ini, anda boleh cuba mohon di Institusi Latihan Kemahiran Swasta.

Sekiranya anda dah ada pengalaman kerja tetapi tiada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), bolehlah mohon SKM secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kiranya dah baca Panduan permohonan yang diberikan pun masih tidak faham atau yakin untuk mohon sendiri, boleh pertimbangkan untuk ikuti bengkel SKM-PPT (3-5 hari)

Jangan Terlepas Peluang

4 thoughts on “Panduan Gaji Permulaan 2020 – 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran

  1. Salam kemahiran terima kasih kerana beri maklumat tangga gaji. Majikan sebenarnya masih ada lagi yang mengambil kesempatan meletakan minimum gaji iaitu RM1200. Sedangkan pekerja tersebut mempunyai diploma serta pengalaman industri. Saya berharap isu tangga gaji ini dimasukan dalam star rating bagi setiap pusat bertauliah. Baru majikan khususnya swasta mengikuti tangga gaji tersebut.

    1. Terima kasih Man atas input anda. Min akan cadangkan kepada pihak JPK untuk masukkannya dalam penarafan bintang yang akan datang.
      Saya agak terkejut sekiranya pemegang Diploma (DKM kan?) serta ada pengalaman industri cuma dapat gaji minimum, RM1,200.
      Adakah ini cuma tahun ni, disebabkan COVID?

  2. Salam. Saya pernah gajikan staff yg ada DKM (automotif) dengan gaji RM2800 sebulan. Masalah yg sy hadapi adalah
    1) kerja sambil lewa
    2) tidak mampu cari punca kerosakan
    3) kerap cuti
    4) kerap minta advance
    5) tidak cekap
    6) tidak mahir
    7) banyak kereta kembali hasil tangan staff tersebut
    8) tidak mahu berkongsi ilmu dgn staff muda level 2
    9) pernah menganggur satu tahun sebelum kerja dgn saya
    10) kerja tidak pernah lama dari satu tempat ke satu tempat walaupun umur sudah mencapai 40an

    Persoalan saya adalah bagaimana individu tersebut boleh mencapai DKM dan menjadi pegawai penilai dengan attitude sebegitu? Adakah sijil / Kelayakan sahaja diambil kira?
    Bagaimana dia boleh menjadi pegawai penilai atau menilai orang tanpa sesiapa pun menilai dia atau rekod pekerjaan dia sendiri?

    1. Tq Farid atas maklumbalasa anda.

      Sememangnya setiap sistem ada kelemahannya. Penilaian & pengesahan calon adalah berdasarkan sistem persijilan kemahiran Malaysia sedia ada.
      Seperti kebanyakan perkara di Malaysia, dasar & polisi sememangnya agak baik tetapi pelaksanaan serta pemantauannya masih banyak kelemahan.

      Namun, tidak juga dinafikan ada segelintir calon yg memang tidak layak ditrampilkan tetapi ‘terlepas’ dari sistem penilaian & pengesahan atas sebab kesiankan budak ataupun ada unsur … ahem, anda tahu saya tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *