Penjualan NOSS atas talian

Akhirnya, penjualan NOSS atas talian oleh JPK telah dilaksanakan. Syabas JPK, usaha yang baik selaras dengan aliran masa.

Min memang suka menganjur kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL. Selalu je ada maklumat terkini serta benda baru yang min belajar dari fasi dan juga calon yang hadiri kursus induksi PP-PPD-PPB, misalannya pada 18-19 Julai minggu lepas.

Sebelum ni, min dah tahu tentang penjualan NOSS atas talian ni.

Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 245 (sehingga 20/7) Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.

Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.

Yang min tak tahu, NOSS yang dibeli secara atas talian ni bukannya dalam bentuk word atau pdf. Anda cuma boleh lihat sahaja, cetak pun tak boleh.

Jadi, kalau tak terlalu URGENT, min cadangkan anda beli secara pos ataupun pergi ke JPK Putrajaya atau pejabat Wilayah mereka masing-masing.
Ataupun beli dari min, kalau ada stok (boleh rujuk disini program yang sedia ada)
Lebih BERBALOI! Siapa tak nak jimat kan, lebih-lebih lagi ekonomi tak bagus sangat.

Sebelum anda buat pembelian NOSS atas talian ke pesan dari min melalui whatsapp/emel, sila kenalpasti kod NOSS yang anda nak beli dulu dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari imej di bawah.

NOSS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *