PP-PPT

PP-PPT Boleh Membuat Tuntutan Melebihi RM10K sebulan?

PP-PPT (Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

PP- PPT merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh
Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.
PP-PPT BERLAINAN dengan PP di Pusat Bertauliah.

PP-PPT adalah sebahagian daripada stuktur Pegawai Penilaian Verifikasi (PPV).

Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua
Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran dan
berpengalaman luas dalam bidang yang diceburi. Personel ini juga berperanan
dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM dan penugasan tertakluk kepada
keperluan JPK.

Rajah di bawah menunjukkan struktur Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) bagi
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

PP-PPT dalam struktur PPV

SYARAT-SYARAT PERAKUAN

i. Warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang
kemahiran yang dimohon (mestilah bidang yang sama);
iii. Lulus Kursus Induksi PP-PPT; dan
iv. Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi program yang dimohon;
a. SKM 1,2,3 – Memiliki SKM dalam program yang dimohon.
b. DKM* – Memiliki DKM dalam program yang dimohon.
c. DLKM* – Memiliki DLKM dalam program yang dimohon.
Nota : * Berada pada peringkat penyeliaan/ pengurusan/ professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5;
vii. Pemohon yang memohon program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) hendaklah memenuhi syarat tambahan berikut ;
a. Vocational Training Operation (VTO) – Memiliki SKM program VTO; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTO melebihi dua (2) tahun atau mengajar mana-mana bidang kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.
b. Vocational Education & Training Implementation (VTE) – Memiliki DKM dalam program VTE; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTE melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK
melebihi lima (5) tahun.
c. Vocational Education & Training Management (VTM) – Memiliki DLKM dalam program VTM; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTM melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK
melebihi lima (5) tahun.

Peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Menilai ketrampilan berdasarkan pengalaman, pengiktirafan dan pencapaian
terdahulu calon PPT dengan bukti-bukti keterampilan yang sahih,
kebolehpercayaan dan mencukupi sebelum dibuat verifikasi bagi tujuan
persijilan.
ii. Menjalankan sesi kaunseling bagi membimbing dan membantu calon bagi
mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan
pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon.

PP-PPT - Terima dan Semak Tugasan

PP-PPT - Pembangunan Portfolio

Tuntutan Personel PP-PPT

A. Elaun kaunseling dan penilaian portfolio – per tahap RM 70/tahap/program

B. Elaun tuntutan perjalanan PP-PPT  (T&T)
Tuntutan hanya dibenarkan sebanyak dua (2) kali sahaja sepanjang Mengikut kelayakan
proses kaunseling/penilaian dan verifikasi.

Anda mesti terfikir, RM70/tahap/program sahaja + elaun perjalanan + elaun penginapan + elaun makan + elaun harian, macam mana tuntutan boleh sampai >RM10,000?

Walaupun tak selalu, tapi adalah tidak mustahil. Pernah ada PP-PPT yang tuntutannya >RM20K untuk satu bulan!

Macam mana nak capai >RM10K sebulan?
Kena rajin buat marketing la. Andaikata anda berjaya yakinkan sebuah kilang, organisasi atau Persatuan yang ada ramai pekerja/ahli (>100), untuk mempersijilkan pekerja/ahli mereka dan anda dilantik sebagai PP-PPT untuk mereka.

Mari kita buat sikit pengiraan, andai semua mohon 2 Tahap (SKM 2 & 3) dan jumlah pekerja/ahli adalah 100 orang.

100 X 2Tahap X 70 = RM14,000
Amaun ni tak termasuk lagi tuntuan elaun lain!

Tapi, macam mana nak pastikan anda dilantik sebagai PP-PPT untuk kumpulan tersebut?
Haha, kena ikuti kursus induksi PP-PPT anjuran min dulu, baru min beritahu rahsianya 😛
Ada lagi rahsia lain, tapi lepas kursus induksi PP-PPT dulu baru min maklumkan.

Satu lagi kelebihan kerja PP-PPT ni adalah ia agak fleksibel kerana anda boleh mengaturkan masa dengan calon untuk memberi khidmat kaunseling dan penilaian. Nak waktu malam ke hujung minggu, terpulang kepada budibicara serta rundingan anda dengan calon.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

  • Calon Pengawai Penilai – Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
  • Penyelaras Program PPT
  • Individu yang berminat dengan permohonan SKM-PPT

KENAPA PERLU HADIR?

  • Memenuhi syarat untuk menjadi PP-PPT
  • Memahami tugas dan tanggungjawab PP-PPT / PPL-PPT

*Menghadiri semua slot kursus & lulus ujian penilaian bertulis

SYARAT KELAYAKAN PESERTA:

  • Warganegara Malaysia; atau
  • PemastautinTetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas

Bilangan peserta tidak melebihi 40 orang bagi menjamin keberkesanan kursus.

Jadual Kursus:

Daftar Kursus Induksi PP-PPT
Jangan Terlepas Peluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *