Kursus Induksi PPL, PP-PPT, PP-PPD-PPB & SLDN

Kursus Induksi JPK 2021

Kursus induksi JPK 2021 disambung selepas penangguhan selama 2.5 bulan sejak Okt 20 disebabkan PKPB di Lembah Klang dan banyak negeri lain. Anda boleh sertai kumpulan whatsapp untuk mendapat perkembangan terkini jadual induksi yang berlaianan.

Kursus Induksi PP-PPD-PPB

Berikut adalah rekod penganjuran ISE Education Sdn Bhd antara tempoh lepas PKP (pertengahan Julai) dan permulaan PKPB (pertengahan Okt):
18-19 Julai – PENUH
15-16 Ogos – PENUH
12-13 Sept – PENUH
3-4 Okt – PENUH
10-11 Okt – PENUH (Vangohh Eminent Hotel, Penang).
Sesi 17-18 Okt ditunda ke 2-3 Jan 2021 kerana PKPB – PENUH
6-7 Mac 2021 – Institut Kraftangan Negara (Tertakhluk kpd penamatan PKP pada 4/3)

* ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak) DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sangat ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.
* Jika anda baru diambil kerja (selepas 1/7/20) di bawah Insentif Penjana Kerjaya, anda boleh suruh majikan anda mohon kursus ini secara PERCUMA untuk anda.

Tak banyak tempat boleh anjur kursus induksi dengan SOP terbaru ni, jadi jangan tunggu sesi di negeri anda. Masa adalah emas.

Kursus Induksi JPK 2021 – Induksi PP-PPD-PPB

Ditunda ke 6-7 Mac 2021

Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni?

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):
i) Assessor / Pegawai Penilai (PP)
ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
iv) Trainer / Tenaga Pengajar (TP)
b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah
c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course
d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Kursus Induksi JPK 2021 – Induksi PP-PPT

Sesi pertama & terakhir tahun 2021 adalah pada 9-10 Jan 2021 sebelum PKP mulai 13 Jan 2021.

Sesi akan datang? 13-14 Mac 2021, tertakhluk kpd situasi PKP
Kursus Induksi JPK 2021

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Anda juga perlu membuat bayaran kepada penganjur sebanyak RM350 atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd untuk pengesahan tempat.

Kursus Induksi JPK 2021 – Induksi SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras, coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK 2021
Induksi SLDN 9 Jan 21
Kursus Induksi SLDN telah ditunda ke 9/1/21 kerana lanjutan PKPB
Sesi akan datang? 20 Mac 2021, tertakhluk kpd situasi PKP

Kursus Induksi JPK 2021 – Induksi PPL

Sesi pertama & terakhir adalah pada 26-27 Dis 2020 selepas kelonggaran diberikan pada penghujung PKPB dan sebeum PKP mulai 13 Jan 2021.. Gambar di bawah adalah sesi yang baru berakhir pada 27/12/20, dengan pengurangan lagi kapasiti atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sesi akan datang? 20-21 Mac 2021, tertakhluk kpd situasi PKP
Kursus Induksi JPK 2021
Sesi peperiksaan pada hari ke-2 (Induksi PPL 26-27 Dis 2020)

Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/DaftarInduksiPP-PPD

Percetakan sijil kursus induksi JPK 2021 (mulai Jan 2020)

Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri.
Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.

Itulah sebabnya semua peserta perlu daftar dalam sistem dulu, sebaik-baiknya 2 minggu sebelum tarikh kursus kerana perlu masa untuk disemak oleh pihak urusetia.

Anda boleh cetak sijil induksi anda setelah keputusan telah ada (biasanya 1-3 bulan lamanya) dan telah dikemaskini dalam www.skkm.gov.my. Kertas yang digunakan boleh je A4 70gm, 80gm, kadbod…. suka hati andalah.

Adakah ini akan menyebabkan isu sijil palsu berlaku? Ya, mungkin juga pada pendapat min. Jadi, nak tahu betul ke tak, perlu la juga semak dalam sistem skkm.gov.my nanti.

Apa komen anda?

Jangan adu pada admin ya, kami cuma maklumkan sahaja, bukannya pembuat keputusan

Sertai kumpulan Whatsapp untuk perkembangan jadual pelbagai kursus sinduksi JPK 2021