Kursus Induksi pun banyaknya FAQ?
Artikel sebelum ni cuma ada 8 FAQ Pegawai Penilai (PP) / Tenaga Pengajar (TP) tapi kursus induksi yang cuma 1-2 hari ni ada 18 FAQ, fuyoh!
Sebab masih Raya Cina, jadi min cuba peras otak fikir sampai lapan belas (sap fatt @ pasti huat@kaya!) la! Mana tahu, tahun 2021 ni ISE Education dapat laksanakan 18 sesi pelbagai induksi di seluruh Malaysia, termasuk Malaysia Timur 🙂

1. Apakah itu kursus induksi?
Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan kursus jangka masa pendek yang dilaksanakan selama satu atau dua hari. Tujuan utama kursus ini adalah untuk memenuhi syarat kriteria personal pentauliahan dan pakar industri. Ia terbahagi kepada empat (4) jenis, iaitu kursus induksi:
- Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB),
- Pegawai Pengesah Luaran (PPL),
- PP-PPT dan
- SLDN
2. Apakah syarat menyertai kursus induksi?
Kelayakan anda adalah:-
- Warganegara Malaysia; atau
- Pemastautin Tetap (PR); dan
- Berumur 18 tahun ke atas.
*Bagi Kursus Induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL), peserta perlu memenuhi syarat tambahan iaitu telah lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB dengan jayanya;
3. Apakah kepentingan setiap kursus induksi?
i. Pegawai Penilai – Pegawai Pengesah Dalaman – Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan Pusat Bertauliah (PP / PPD / PPB)
ii. Pegawai Pengesah Luaran (PPL).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PPL
iii. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel PPT seperti penyelaras di PB-PPT, PP-PPT & PPL-PPT
iv. SLDN
– Merupakan salah satu syarat lantikan personel pentauliahan PB SLDN;
a. Syarikat SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Syarikat SLDN dan Coach
b. Pusat Latihan SLDN
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras Pusat Latihan SLDN dan
Pengajar SLDN
c. Syarikat Latihan Dalaman (in-house)
Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Penyelaras, Coach dan Pengajar SLDN

4. Adakah saya dilantik secara automatik untuk jawatan berdasarkan kursus induksi yang saya ikuti?
Lantikan anda, samada sebagai PP, PPD atau PPB, adalah oleh Pusat Bertauliah JPK yang bakal mengambil anda sebagai personel mereka. Namun, anda perlu diperakukan oleh PPKSPP terdahulu. Selain sijil kursus induksi PP-PPD-PPB, anda juga perlu sijil lain, bergantung kepada jawatan anda. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Lantikan sebagai Pegawai Penilaian & Verifikasi (PPV) pula dilakukan oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
- PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
- PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
- PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

- Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e- mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna
- Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e- mel ke ppv@ciast.gov.my
5. Saya ingin dilantik sebagai PPL-PPT. Perlukah saya ikuti kursus induksi PPL-PPT?
Tiada kursus yang perlu diikuti untuk dilantik sebagai PPL-PPT.
Anda cuma:
i) Perlu dilantik sebagai PP-PPT selama 2 tahun ataupun
ii) Telah menadatangani 30 portfolio SKM/DKM secara PPT
6. Siapakah yang mengeluarkan sijil?
Sijil adalah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang boleh dicetak oleh anda sendiri melalui sistem nanti, jika lulus.
7. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?
Fasilitator kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada sistem, biasanya dalam tempoh 1-2 bulan.
8. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?
Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :
Unit Kursus Induksi Pentauliahan,
Program Kelayakan Kekompetenan,
CIAST
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
9. Adakah sijil kursus induksi mempunyai tempoh sah laku?
Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Pegawai Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.
10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?
i) PP/PPD/PPB – Setiap 3 tahun melalui PPKSPP
ii) PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Pegawai Penilaian Verifikasi). Sila rujuk www.ciast.gov.my > course > PPV Assessment untuk memohon menghadiri Bengkel Penilaian Pembaharuan PPV
11. Bolehkah saya diberi surat perakuan (PPKSPP) bagi jawatan PP dan PPD secara serentak?
Ya, surat perakuan (PPKSPP) PP dan PPD boleh dikeluarkan secara serentak kepada anda jika memenuhi syarat dan kriteria lantikan. Walaubagaimana pun, pihak PB perlulah melantik anda untuk satu jawatan dalam satu masa dan tertakluk kepada syarat dan peraturan pentauliahan yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
12. Adakah semua personel pentauliahan JPK diwajibkan memiliki Sijil Teknik Mengajar, VTO (I-031-3)?
Tidak semua personel pentauliahan JPK dikehendaki memiliki VTO. Berikut adalah personel yang disyaratkan memiliki sijil teknik mengajar VTO (I-031-3)
- PP bagi semua program;
- PP bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PP-PLV; dan
- PPD bagi program VTO (I-031-3) @ nama lama PPD-PLV.
13. Sekiranya personel yang berkhidmat di PB belum memiliki SKM tetapi telah lulus kursus induksi PP-PPD-PPB dan memiliki sijil VTO (I-031-3) serta sedang mengambil SKM Tahap 3 secara PPT. Adakah personel tersebut layak untuk dilantik sebagai PPD atau PP di Pusat Bertauliah JPK?
i. Mereka layak untuk dilantik sebagai PP/PPD bagi program SKM Tahap 1, 2 dan 3 secara bersyarat untuk tempoh 2 tahun.
ii. Dalam tempoh 2 tahun bersyarat PP/PPD dikehendaki melengkapkan SKM Tahap 3 secara PPT.
iii. Selepas tamat tempoh tersebut sekiranya PP/PPD belum lulus SKM Tahap 3 secara PPT.
14. Bilakah surat PPKSPP akan diterima oleh Pusat Bertauliah selepas permohonan telah di buat?
Surat PPKSPP boleh dicetak secara atas talian melalui URL https://www.myspike.my selepas Mesyuarat Perakuan Personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (MPPSPKM) dijalankan pada setiap hujung bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tamat pada bulan berkenaan tidak akan diproses dan ianya akan diproses ke bulan berikutnya.
15. Bolehkan seseorang mengikuti kursus VTO sekiranya tiada pengalaman kerja, tetapi mempunyai sijil DKM bidang elektrik.
YA, boleh mengikuti kursus VTO dengan syarat memiliki sijil SKM Tahap 3 dan ke atas.
16. Personel yang berkhidmat di PB SLDN secara sepenuh masa tidak memiliki sijil akademik atau SKM tetapi berpengalaman mengajar kemahiran melebihi 5 tahun dan telah menghadiri Kursus Latihan Pengajar SLDN adakah layak untuk dilantik sebagai Pengajar SLDN?
Personel tidak layak dilantik sebagai Pengajar SLDN kerana :
- Belum menghadiri Kursus Induksi SLDN
- Tidak memiliki sebarang kelayakan kemahiran yang berkaitan.
17. Bilakah kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT, PPL & SLDN anjuran ISE Education Sdn Bhd yang akan datang?
Sila rujuk kpeada Jadual Kursus Induksi JPK 2021.
18. Bagaimana hendak menyertai kursus induksi?
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat melalui penganjur berdaftar seperti ISE Education Sdn Bhd dengan mengisi borang permohonan dan bayaran RM350 dahulu. Sila nyatakan induksi mana yang anda ingin ikuti.
Butiran bayaran: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.
