Tag Archives: Pegawai Penilai

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia – Terokailah Pelbagai Peluang Yang Ada

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)? Ada banyak tu ke?

JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM).
Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:

Dari segi pekerjaan. Anda boleh:

1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu.  Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia

2. Diterima bekerja di sektor awam/kerajaan. Contohnya Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional | TVET Malaysia

3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan seperti pendawaian elektrik, welding, kecantikan dan lain-lain. Ataupun menghasilkan produk seperti membuat kek & roti, menjahit pakaian.  Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan.  Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia - Pendawai Elektrik | TVET Malaysia
Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia
Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia | TVET Malaysia

4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis. 
Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri  dengan kemahiran yang dimiliki.  Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.

5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri?
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare
Sijil Induksi PP/PPD.

7. Jadi coach untuk sistem SLDN. Coach juga dikenali sebagai Pengajar.  Peranan sebagai Coach adalah melatih perantis di dalam sesuatu industry.  Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.

8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK.  Syarat bagi lantikan sebagai PPL ini adalah wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT).
PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon.  Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.

Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda Uberpeluang :

10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:

a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM
DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).

Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.

Tak tahu nak ambil kat mana? Sila isi borang ni.
Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohon DKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolio yang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.

b) Diploma Akademik, tanpa SPM
Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.

c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise

Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).

Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun

Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.

Takda Sijil Kemahiran Malaysia lagi?

1. Belajar di Pusat Latihan Kemahiran
a) Awam – Sila cari sendiri di sini
b) Swasta – Sila isi borang di sini

2. Melalui Pengiktiran Pencapaian Terdahulu (pengalaman kerja)

Sekiranya anda tak tahu bidang kemahiran apa yang boleh dipersijilkan, sila rujuk Daftar NOSS dari sini (muat turun)

Sijil VTO: Terbaik/Wajib untuk jadi Pengajar Kemahiran@Pegawai Penilai

Sijil VTO

Sijil VTO

Dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Apakah Maksud VTO?

VTO adalah singkatan Vocational Training Operation @ Operasi Latihan Vokasional. Kursus VTO adalah untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (bahan pengajaran dan pembelajaran), teknik mengajar bidang kemahiran, pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.

Siapa yang patut mengambil Sijil VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi pegawai penilai (WAJIB) / tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Kelebihan Sijil VTO?

1. Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500. Mereka yang memiliki Sijil VTO mendapat pengecualian mengikuti Kursus TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200) bagi mendapatkan Sijil TTT.

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO tetapi ia membantu dari segi pengambilan bekerja sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran

Testimoni Pelajar/Pusat Bertauliah

Testimoni pelanggan di Miri yang dijalankan secara in-house (Batch VIII)

Graduan VTO batch IX
Graduan VTO batch XI

MODUL VTO

  • COCU 1 TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2 COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3 COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4 TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5 CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6 TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7  INSTRUCTIONAL DELIVERY

    LALUAN LATIHAN / TRAINING PATHWAY I-031-3 2014
    Muat Turun Borang Permohonan VTO

Pendaftaran/pengambilan Jan/Feb 2021 (Separa masa@hujung minggu)

  • Pembelajaran: Online (masa PKPB) + Bersemuka
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan anda (mesti bidang kemahiran/SKM anda)

Yuran pendaftaran: RM100
Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 7 bulan)
Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Daftar VTO

Persamaan dan Perbezaan Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

(PP vs TP) Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

PP vs TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?

Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN
(PERSONEL PENTAULIAHAN
)
Ha, nampak tak perbezaannya? Ataupun nampak sama je?

Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

  1. Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
PP vs TP: Kritiria Lantikan PP
PP vs TP: Syarat Kelayakan PP
PP vs TP: Kriteria Lantikan TP

a) Dari 3 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT (Berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014) @ VTO (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

Harap maklum, sijil NCS TTT adalah TIDAK setaraf. Ia cuma boleh dijadikan untuk kelayakan sebagai PP program Modular sahaja.

2. Kedua, ketahuilah peranan & tanggungjawab PP vs TP. Bolehlah katakan peranan & tanggungjawab PP jauh melebihi TP tetapi itulah yang menjadikan PP lebih diperlukan oleh Pusat Bertauliah JPK (awam & swasta) berbanding TP.

4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP)
a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP

Gabungan PP & TP

Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.

Jadual seterusnya pula menunjukkan lantikan PP untuk program SKM/CU bagi program sepenuh masa (FT) & separa masa (PT)

Akhir sekali adalah jadual lantikan PP & TP di PB yang berlainan.

Kesimpulannya, skop Pegawai Penilai adalah jauh lebih besar berbanding dengan Tenaga Pengajar. Oleh itu, permintaannya (peluang kerja PP) lebih tinggi di PB berbanding TP.

Kursus Percuma Penjana Kerjaya

Jika anda berminat jadi Pegawai Penilai (PP) tetapi masih tidak memenuhi mana-mana syaratnya, berikut adalah pautan ringkas untuk mendapatkan kelayakkan yang diperlukan.

  1. Sijil induksi PP-PPD-PPB
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  3. Sijil VTO

Kursus Induksi mana patut ambil??

kursus induksi mana satu patut ambil?

Kursus Induksi JPK

Ada pelbagai jenis kursus induksi JPK. Jadi, kursus induksi mana satu patut ambil?

Induksi PP-PPT – Nak dilantik sebagai:
👫 PP-PPT (>10 tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran yang sama & SKM3) ataupun
👫 Penyelaras di PB-PPT ataupun
👨🏻‍🍳 Nak tahu lebih lanjut mengenai kaedah permohonan SKM-PPT)

📅Tarikh: 8-9 Feb
⏰ Masa: 8.30-5pm
🏫Tempat: I Smart Educare (PB VTO) di Kepong Metro Prima, KL

Induksi PP-PPD-PPB – Nak dilantik sebagai:
👨🏼‍🎓 PP (Pegawai Penilai)
👨🏼‍🎓 PPD (Pegawai Pengesah Dalaman) ataupun
🤵🏻 PPB (Pengurus Pusat Bertauliah) di Pusat Bertauliah JPK
👨🏻‍🍳 PPL (perlu lulus induksi PP-PPD-PPB dulu)

📅Tarikh: 15-16 Feb
⏰ Masa: 8.30-5pm
🏫 Tempat: I Smart Educare (PB VTO) di Kepong Metro Prima, KL

Induksi PPL – Nak dilantik sebagai:
👩🏻‍🍳 PPL-SLaPB (>10 tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran yang sama, sijil induksi PP-PPD-PPB & SKM3)
👩🏻‍🍳 PPL-SLDN (>10 tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran yang sama, sijil induksi PP-PPD-PPB & SKM3)

📅Tarikh: 28-29 Mac
⏰ Masa: 8.30-5pm
🏫Tempat: I Smart Educare (PB VTO) di Kepong Metro Prima, KL

Yuran: RM350 setiap kursus.

Harap penerangan sepintas lalu ni dapat menjawab persoalan anda tentang kursus induksi mana satu yang patut anda ikuti.

😃 Berminat? Boleh muat turun borang dari sini (mod serta butiran bayaran juga ada di sini) –http://jpkmalaysia.com/services/application-form/

Kalau anda dah tahu, kongsilah dengan rakan anda

Syarat Lantikan Guru Vokasional@Pegawai Penilai – VTO sahaja?

Syarat Lantikan Pegawai Penilai - VTO
Calon internship – pembentangan kepada PPL pada penghujung 720jam internship

Tahukah bahawa syarat lantikan guru vokasional@Pegawai Penilai adalah tidak sama dengan tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)?

Secara ringkasnya:

Tenaga pengajar – Pemegang sijil kemahiran/diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil Vocational Training Operation – VTO.
Boleh mengajar tapi TAK BOLEH MENILAI (tandatangan portfolio calon program SKM/DKM/DLKM)

Pegawai Penilai – Mengikut Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Boleh mengajar DAN MENILAI/TANDATANGAN portfolio calon program SKM/DKM/DLKM.

Dalam konteks SKM, minimum adalah SKM3, kecuali bidang tertentu yang tiada Tahap 1-3, DKM/DLKM, Diploma & Ijazah akademik tapi bidang berkaitan boleh diterima.
DAN
SKM bidang Pengajar Vokasional yang dimaksudkan adalah Sijil VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO), I-031-3:2014

Jadi, boleh dikatakan peluang pekerjaan Pegawai Penilai adalah lebih tinggi berbanding tenaga pengajar (sebab tak boleh nilai)

Namun, selain SKM3 ke atas & siijl VTO, anda perlu juga ada sijil
Induksi PP-PPD-PPB (Siri D1/12/2019 pada 7&8 Dis 2019) supaya layak dilantik sebagai Pegawai Penilai.

8.30-5pm untuk 2 hari

RUMUSAN: PP perlu ada:
1. SKM3 ke atas
2. Sijil VTO
3. Sijil Induksi PP-PPD-PPB

Syarat-syarat memasuki kursus VTO :-

✅ SKM 3
✅DKM (TAHAP 4) @
✅DLKM (TAHAP 5)

Kelulusan dari :

✔KOLEJ VOKASIONAL
✔ILP
✔IKBN
✔IKTBN
✔IKM
✔KKTM
✔GIATMARA
✔ADTEC
✔ KOLEJ-KOLEJ KEMAHIRAN SWASTA
✔ PEKERJA MAHIR YANG INGIN MENJADI PENGAJAR KEMAHIRAN

📌PENGAMBILAN Dis 2019
📌Tempoh: 9 bulan (Sepenuh Masa) atau 12 bulan (Separa Masa)
📌Kelas teori 3 bulan (Sepenuh Masa) atau 6 bulan (Separa Masa)
📌Praktikal Mengajar 6 bulan

*Sijil VTO dikeluarkan oleh JPK, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA*
=============================================

👩🏻‍🏫 Baca lebih lanjut tentang kegunaan/faedah sijil VTO di www.jpkmalaysia.com/kursus-vto 
👩🏻‍🏫 Rujuk jadual kursus induksi PP-PPD-PPB di sini
👩🏻‍🏫 Baca cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT (pengalaman kerja) di sini

=============================================

TEMPAT TERHAD – Pengambilan lepas ni Julai 2020

TVET lecturers to go for industrial training for hands-on experience

TVET lecturer

KUALA LUMPUR: Technical and Vocational Education and Training (TVET) lecturers will need to undergo industrial training after working hours to improve their skills.

Human Resources Minister M. Kulasegaran said this is part of the ministry’s efforts to boost and ensure that lecturers have the necessary skills to teach in their respective fields.

He said at the moment, some lecturers are lacking in terms of hands-on experience and expertise.

“I am puzzled that many of our lecturers do not have the specific skills needed and even if they have, many are academically-inclined and are not hands-on.

“I and (Human Resources) deputy minister have decided for these lecturers need to enroll for industrial training after their office hours (so they) can obtain the expertise required for them to teach well,” he said.

Kulasegaran said this during committee-stage wrapping-up speech on the Supply Bill 2019 for his ministry at the Dewan Rakyat today.

He said another issue was the logistical problem, which included the isolated and far-off locations of TVET institutions.

“As an example, I visited a technical institute at Padang Serai recently.

“The location is far from industrial areas and its (future) direction (future) is unclear. This is making it difficult for our children to study there.” Kulasegaran said.

Source: www.nst.com.my

Comment: It may be a good idea but the devil is in the details.
Does this only apply to public TVET institutions or including the private sector?
If it is also COMPULSORY for private TVET lecturers/instructors/assessors, who would bear the cost of industrial training?
And what if the TVET lecturers/instructors/assessors are already very experienced in the industry, say >10 years (that qualify them to be registered as Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV)) and then absorbed into the institutions? Would they need to go through this as well?
And the current process of becoming a certified assessor/skill trainer with a VTO qualification (Pegawai Penilai-PP) is making it hard for those with working experience/currently working as they are required to fulfil
a 6 months full-time internship – how many can afford to have a 6 months leave & not having income during that period? Worse, some employers don’t allow them, means they have to quit their current job & yet unsure of future job prospect?? Hope Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) can really look into this matter.

PROSES BAHARU PENDAFTARAN PELATIH 2016 PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran telah memutuskan beberapa perkara berkaitan proses baharu pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia seperti maklumat berikut:

1. Pendaftaran pelatih empat (4) kali setahun

1.1. Pendaftaran pelatih hanya dibenarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Penjadualan Pendaftaran Pelatih.

 Pendaftaran Pelatih di JPK  Pendaftaran di PTPK
 1 Januari- 28 Februari  1 Februari- 15 Mac
  April – 31 Mei  1 Mei-15 Jun
 1 Julai – 31 Ogos  1 Ogos- 15 September
 1 Oktober – 30 November  1 November-15 Disember

1.2. Kaedah baru ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.
1.3. Pusat Bertauliah (PB) perlu memastikan pendaftaran pelatih hanya dibuat sekali dalam tempoh seperti ditetapkan dalam Jadual 1 bagi memastikan nisbah Pegawai Penilai (PP) adalah mencukupi dan memudahkan PB mengatur jadual latihan bagi kumpulan pelatih tersebut.

2. Pendaftaran pelatih dalam tempoh peralihan (sebelum 31 Dis 2016)

2.1. PB hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran pelatih dengan mengemukakan dokumen proses baharu pendaftaran pelatih.
2.2. Sekiranya bilangan pelatih yang hendak didaftarkan melebihi kapasiti sedia ada yang diluluskan, PB perlu mengemukakan dokumen sokongan dan komitmen seperti penjadualan PP, jadual penggunaan bengkel dan peralatan latihan serta kemudahan fizikal bagi pertimbangan Jabatan.
3. Penguatkuasaan Proses Baharu Pendaftaran dan Kapasiti Pelatih

3.1. Mulai 1 Jan 2017, semua PB hanya boleh mendaftarkan pelatih mengikut kapasiti yang telah diluluskan oleh Jabatan.
3.2. Mengikut peruntukan Akta 652, Seksyen 23, Bahagian 23, PB perlu menyediakan personel dan kelengkapan serta kemudahan peralatan yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan kemahiran bagi memenuhi ketetapan jaminan kualiti di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
3.3. Kapasiti pelatih bermaksud bilangan pelatih yang telah diluluskan oleh JPK berdasarkan kepada dua (2) kriteria utama iaitu keupayaan PB menyediakan bilangan personel Pegawai Penilai (PP) dan kemudahan fizikal/mesin dan kemudahan lain-lain yang mencukupi. Secara prinsipnya, nisbah PP kepada pelatih ialah 1 PP:25 pelatih.
3.4. PB hendaklah memohon kelulusan JPK bagi tujuan penambahan kapasiti terlebih dahulu sebelum pendaftaran dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

i. Surat iringan permohonan;
ii. Borang penambahan kapasiti pelatih [JPK/T/KAPPK/01(P1)]
iii. Maklumat personel pentauliahan;
iv. Kemudahan fizikal; dan
v. Maklumat-maklumat lain yang menyokong permohonan.

3.5. Permohonan penambahan kapasiti pelatih hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
(u/p: Pengarah MOSQ)

4. Kadar Fi dan Caj bagi permohonan penambahan kapasiti.

Bermula 1 Julai 2016, semua permohonan penambahan kapasiti pelatih dikenakan bayaran RM 200 setiap program melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj) 2016 di Laman Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 8 Jun 2016.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Sumber: www.dsd.gov.my